Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut sumber daripada pihak keselamatan Kirkuk, Iraq, pengganas Takfiri Daesh telah membakar seorang ibu dan 4 orang anaknya di atas kesalahan 'meninggalkan tanah Khalifah'.
Laporan-laporan media mengatakan bahawa pihak militan Daesh yang berideologikan fahaman Wahhabisme itu menahan keluarga tersebut yang terdiri daripada seorang ibu, 3 kanak-kanak perempuan dan seorang budak lelaki di lebuh raya Himreen sebelum membakar mereka di hadapan pelarian-pelarian yang lain.
Pada tahun 2014, Daesh yang terdiri daripada para pengganas antarabangsa merampas beberapa buah bandar utama di Iraq sebelum Tentera Iraq yang dibantu oleh sukarelawan rakyat berjaya membebaskan semula bandar-bandar tersebut.
Kumpulan pengganas Takfiri Daesh dan Tentera Iraq kini sedang sengit bertempur di Mosul yang merupakan bandar utama terakhir Iraq yang masih dikawal secara relatif oleh militan itu.
13 Januari 2017 - 18:38
News ID: 804697
Menurut sumber daripada pihak keselamatan Kirkuk, Iraq, pengganas Takfiri Daesh telah membakar seorang ibu dan 4 orang anaknya di atas kesalahan 'meninggalkan tanah Khalifah'.